insiden memalukan

ok.ada satu insiden yg membuatkan ak malu macam nak celop muka dalam tepung jagung.

tadi kelua makan malam. pegi kedai ulek mayang~makanan die memang sedap.
ok then tetiba ada satu budak ni dalam umur 7 thn. die kecik je. budak laki.dtg kat meja kitorg.mita duit(dalam erti kata lain minta sedekah)
kitorg senyum je la.( x nak kasi la kan sebab sebelum tu dah ada serg yg blind dah minta sedekah kat kitorg)
ok then pastu budak ni, dah kita senyum2 cakap terima kasih pon x nak blah lg.then aku pon geram la.cakap kat die
"dik, gi minta kat meja sebelah ni. abg tu kaya"
(dengan niat aku nak suro die blah dan g meja lain)
taw tak apa budak tu buat?
die g meja sebelah yang dihuni oleh 2 org makhluk adam dan berkata,
"bang, akak sebelah kata abg kaya. soh minta duit kat abang"
gulp!waktu tu ak rasa nak lari kelua dari kedai tu.
mak aih budak ni.ada ke patot die pegi bgtaw??
then mamat kat meja sebelah tu cakap
"akak mana?"
dan budak tu point kat aku.aku wzktu tu macam nak nanges la.takot pon ada.
then mamat meja sebelah tu kata kat budak tu
"hah, pegi minta kat akak tu balik"
budak tu dtg kat ak bgtaw apa yg mamat tu cakap
yg x le bla budak tu senyum.hurm tah apa2 budak tu.ye2 je minta sedekah, tp kenakan aku.cesss
dan aku sgtla mal.rasa waktu tu alangkah baiknya kalau aku pakai purdah.maluuu sgt

:: manusia aneh ::

huh.sgt menyampah.okay.tadi kitorg g makan kfc kat seksyen 2 tuh.
kfc baru buka.
dengan menjadikan penagajaran lalu sebagai panduan, aku tak de la tamak haloba
order macam2 kan. snack plate je.huhu

tengah kitorg makan, borak2, terla gelak kuat sikit
(adat la kan bila 7 0rg perempuan duduk semeja)

tiba2 ada la nun meja di hujung sana yg dihuni oleh 2 makhluk adam dan 2 makhluk hawa
menegluarkan bunyi;
"shhhhhhhuhhhh..."
pastu gelak kuat sikit pandang2.

helllo!!!!!!!!!!!!!!! ni tempat public la kan.kitorg pon secara tindakan refleksnya pusing 180 darjah ke arah bunyi tu.
ada la sorg minah tu pandang kitorg buat isyarat kononnya diorg x bermksdkan kitorg
hek ele. so whut? ada kitorg peduli ke?
menyampah tahap maximum la ak kan. pastu gelak kuat2 lak diorg tuh

membuatkan aku terfikir. rakyat msia ni suka tegur org and at the same time do the mistake by others...hurmmm.whutever, yang penting perot aku kyg. peduli la kan die nak shuhhhh pon.manager kfc xde pon tegur kitorg ke hape kan.diorg yg lebih minum carbonated drink, tuh yg mabuk semacam tuh.

p/s : +sedey.bila balik dah kol 10 mlm. xdapat tgk cte Nur Kasih+

:: once upon a time ::



tiba-tiba teringat zaman sekolah.uhhh. sangat best.

sekolah rendah. sangat menarik.main main dan terus bermain. jangan tak taw, sampai darjah 3 aku pakai skirt taw.hehhe. what the la kan. zaman tu mini skirt agak feymes. yang sangat tak tahan bila masuk darjah 4, pakai bj kurung terus pakai tudung ( mungkinkah diberi hidayah?haha )


masa darjah 2. dapat no 2. hari anugerah cemerlang~sangat skema dan baik.hehe.masa ni pakai bj krung sebab nak amik hadiah.haha


after upsr, masuk sek sultanah asma. frankly speaking, x selesa bersekolah d situ. entah la.maybe sebab style diorg yg cam elit plus standard diorg yg x menepati standard ak ( hhahaha.double meaning taw )...aku tak layak bersekolah di situ. arakiannya, tatkala aku menerima utusan dari MARA kata dapat masuk MRSM Chenderoh ( masa tu nama dia chenderoh, after a year tukar Lenggong ...sebab tukar maybe sebab diorg tersalah letak nama Chenderoh kot ) sangat la hepi. even masa tu muda lagi..hehehe. teruja beb nak masuk hostel.dengan rasa excited nya g telepon abah yang tyme tu outstation

aku : abah, org dapat MRSM!
abah : tahniah. bila daftar?

ehh.abah ni tak tanya pon aku nak masuk ke tak nak..hurmmm.

aku : 4 april
abah :abah tak habis outstation lagi. nanti abah telefon pengetua mrsm tu. bagi no tel.inta tangguh daftar
aku : ok

terkebil-kebil.kena masuk la?

mula-mula masuk,hehe. tiga malam berturut2 nanges. sayu dan syahdu.mana tak nye. cuba bayang la kan. masa tu umur baru 13 thn, dah kena hantar sek asrama yg dalam hutan. lenggong tu betol2 kat hulu perak.no public phone!!!!!!!!oh my. macam nak gugur jantung.
dahla handphone x leh bawa (tapi kalau bole, macam aku tak kan ada je ). alor setar ke lenggong macam alor setar ke tg malim la.huhu.jauh beb. dah la sebulan sekali je boleh balik.

tapi dah lama2 dah berjaya mengadaptkan diri.sampai dah form 5 berbagai denda kat sekolah tu merasa;

  • siram pokok depan dewan - sebab balik dari overnight outing lebey pukul7 petang
  • semabahyang atas tar jalan tanpa sejadah berjemaah - tak turun sembhyang jemaah subuh kat surau ( tengah sembhyang kan,terdengar dialog2 seperti berikut;
"auww.."
"sakitnya..."
"adoi.."

haha.kompem bercerai jemaah tu kan .

  • baring atas tar depan dewan menghadap padang sekolah ( tyme riadah. bygkan budak laki tgh ramai main bola ) - sebab felo mengamuk. entah sebab apa. dah lupa..hehehe
  • kena tahan prep dari pukul 830 pagi smapai 530 ptg hari minggu - huh. yang ni macam nak gila sebab kena paksa baca buku. sebab kena denda , tak turun prep petang..tertido.haha

graduation day time form 5. cuba teka yg mana aku??uuu~~~~

apabila dikenang balik, hurm byk juga la perkara lain yang aku buat.tp penat nak tulis. haha. moral of the story, x bes je dok hostel kalau tak kena denda.. (hahaha. x nak ngaku agak nakal pada zaman dahulu )

:: telefon berbunyi ::

semalam mak tepon.situasi macam ni;

sedang aku syok melayari internet, telefon yang umpama hidup segan mati tak mahu tu pon menjerit2

"si gempal calling"

membuatkan aku terfikir sejenak.siapakah si gempal?

si gempal : helo, shah. mak ni
ohhh mak. maknanya telefon itu milik adikku , man.

aku : ye mak. mak telefon rindu org eh?
mak terdiam seketika dan ketawa.

mak : aah la. mak rindu.
benarkah? heeee~~~~~~rindu juga pada mak.

::tag dari faiz::

1. Ape perasaan anda sekarang?
:: gundah gulana..esok ada kelas kol 8 pagi.tapi sekarang dah hampir pukul 4 aku belum tdo ::

2. Saya nak makan?
:: kenny roggers, big apple, baskin robbins, choc indulgence~secret recipe::

3. Saya tak suka?
:: kari daging + kucing ::

4. Impian saya?
:: marry a rich man..wahhh.haha ::

5. Haiwan yang saya tak suka?
:: kucing..sgt x suka. takottt ::

6. Saya harapkan?
:: menjadi seorang princess babrbiee. boleh tak?::

7. Jika boleh putarkan masa?
:: hurm mana bole ::

8. Saya pada 10 tahun akan datang?
:: menjadi datin, mungkin?haha ::

9. Handphone saya adalah sebuah?
:: alat untuk sms dan menelefon.huhu ::

10. Saya pernah bercinta sebanyak?
:: cinta tu apa? makan lg bes.haha ::

11. Saya suka pada?
:: hlovate dan cucuratap ::

12. Kawan-kawan saya?
:: menjadikan hidup lebih bermakna..ohh my ::

13. Pernah dikhianati?
:: ya. tapi x nak ingat ::

14. Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
:: entah. berhati-hati supaya x dbodohkn buat kali kedua ::

15. Senaraikan 6 orang untuk di'tag'
sape2 nk jawab, buat la

:: riang ria ::


semalam dapat gambar-gambar ni dari tikah.
okay.even gamba ni dah x updated, tapi nak letak gak.macam cun je.haha( gile perasan)
hurm dah lama x bergambar.huhu.sebab hp aku rosak
ada kat rumah di kedah nun jauh d sana
urghhhh



haha. believe it or not??





makan makan dan terus makan
( nampak tembam la..huhu perlu ke kurangkan makan?ohh tidak)


aku ada azam baru...
hehhehe.nak start aktif memblogging
urggghh. bole percaya ke fishah?heeee.tatauuu

hurmm.hari ni dah 19 hb. my final exam 23 hb. oh myyy. cuak plus takot membuatkan jantungku berdegup lebih pantas dr biasa..
ok. frankly speaking..sgt fobia dengan sbjek yg ada connection dengan letrik
entah la.naseb la mikro-p lepas..urghh.ameen

19 hb.ahahah.1901 .muahahaha.2 ringgit je beb.
ok untuk kepada mereka yg tidak tahu.pada setiap 19 hb, 1901( kedai yg jual hot dog mahal~~mahal dsini bernilai rm 5++) mahal la bg ak.
ok pada 19 hb, diorg jual dengan harga rm 2 sahaja!!!!!!
ok.mula2 tu meg teruja.lama2 dah x excited pon...mungkin sebab bosan kot

ok.dah tak taw nak tulis apa.nak tdo.2.42 a.m already.esok ada kelas kol 8 pg..urghhh.mampukah nak bgn?huhu.i try.

+life is about learning process. once u fail, u get more+